Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022
Tahun ini merupakan kali pertama aku melawat pesta buku. Erm, apabila aku nampak perkataan “antarabangsa (international)”, terus aku rasa terangsang dan harap ada banyak buku “antarabangsa”. Tambahan pula, pesta buku ini diadakan di World Trade Centre (Pusat Dagangan Dunia) KL, lagi aku mengujakan. Kesan pertama aku: Antarabangsa? Bahagian mana tu international? Pesta buku ini tak semewah Frankfurter Buchmesse (Pesta Buku Frankfurt, pesta Buku yang terbesar di dunia); sebahagian besar reruai buku aku bagi tahap “lulus”, yang aku anggap “cemerlang” tu reruai PTS dan FIXI. Minta maaf aku tak ada niat menyinggung sesiapapun, cuma aku menilai dari segi aliran proses pembelian dan penjualan, logo reruai, rancangan/aktiviti yang disediakan, presentation bahan terbitan yang menonjol, keselesaan semasa memilih buku dan sebagainya. Setelah aku serahkan poskad MJBB kepada Sue untuk dijual di reruai 4076, aku mula mengunjungi semua reruai dengan tujuan meneliti judul and isi kandungan bahan terbitan masing-masing, mengetahui trend dan pasaran buku semasa, serta halatuju peminatan orang ramai. Hampir dua jam kemudian, aku kagum dengan semua reruai yang ambil bahagian dalam pesta buku ini. Dengan saiz reruai masing-masing, boleh aku tahu sama ada mereka tu penerbit/penjual buku baharu, sedang tumbuh atau sembuh pulih dari COVID-19 ataupun yang tetap kukuh di industri buku. Sungguh meriah pesta buku ini, sangat gembira semasa aku lihat bilangab penerbit buku yang begitu banyak, terutamanya penerbit buku alternatif (indie). Semua berusaha kuat bagi memperkukuhkan, membangunkan dan juga memeriahkan industri buku di Malaysia. Sebagai contohnya, reruai Tokosue (4076). Biar aku jelaskan sedikit asal usul saya kenali Sue. Bulan Januari 2022, Cik Sue terus hubungi aku selepas terserempak ulasan buku My Journey By Bus | Perak . Pulau Pinang . Perlis . Kedah di Facebook. Aku amat kagum kepada sesiapa yang berusaha mengambil inisiatif. Walaupun masa aku bergaul dengan Sue tak panjang, tapi pengalaman aku mampu bagi tahu Sue bukan sahaja seorang wanita yang kuat dan berani, dia juga berpengetahuan, berpemikiran dan berwawasan. Masa awal tahun Sue giat gila muncul diri di pesta seni dan buku dengan menjual buku dan barangan seni di reruainya, selain beroperasi kedai buku di Shopee. Memandangkan Sue seorang yang bersemangat dalam industri buku, maka rezeki diberikan, kedai buku fizikal berjaya dibuka di Wisma Central tak lama kemudian. Apa yang dikehendaki tidak akan ditambah baik tanpa usaha yang gigih. Kedai Buku TOKOSUE merupakan sebuah kedai buku yang unik yang semua perlu singgah kalau berada di KLCC. Lokasi kedai sangat baik, jalan kaki dalam masa lebih kurang 5 minit boleh sampai dari Stesen KLCC/Suria KLCC/Avenue K. Sebenarnya Sue ada kerja sendiri, tapi dia turut muncul diri di pesta buku tahun ini, tujuan utama dia ialah mengusahakan penjualan buku dan zine terbitan penerbit tempatan (peribadi atau alternatif) serta barangan seni. Bagi menambahkan penjualan buku dan zine, Sue juga berusaha merancang aktiviti sua bicara dan menjemput dan memberi peluang kepada penulis untuk berinteraksi dengan pembeli atau pembaca buku. Aku rasa bangga kerana boleh sua bicara di reruai 4076 dan ambil gambar dengan pembeli buku aku. Terima kasih. Satu lagi contoh, reruai Bibliophile (4028 - 4029). Masih aku ingat satu bulan selepas rentas negeri dibenarkan, aku terima emel daripada Bibliophile, sebuah kedai buku yang baru dibuka di Menara Majestic, PJ. Aku juga terkejut dengan sambutan yang sangat baik selepas My Journey By Bus | Perak . Pulau Pinang . Perlis . Kedah dimuat naik di Instagram @Bibliobuku. Stok buku pun telah aku tambah sendiri beberapa kali. Suasana kedai buku bibliophile (The Bibliophile Bookshop) sangat baik, kecil tapi lengkap dengan kebanyakan judul buku yang berbilang aspek. Bibliophile pun mengedalikan ruang kafe di hadapan kedai bukunya. Ruang ini selesa untuk minum atau makan ringan sambil baca, sesi “meet and greet“ pun sering diajurkan. Bibliphile juga merupakan satu penerbit buku yang sedang tumbuh, bahan terbitan mereka menarik. Cara penjualan and strategik mereka mempromosikan dan melancarkan buku pun juga inovatif. Kiri, pengasas Bibliophile bersemangat menjadikan Bibliphile matang dan tumbuh lebih kukuh. Dialah orang yang mahu terbit versi BM My Journey By Bus. Sudah lama aku tunggu kemunculan orang sebegini, sebab aku seorang tak mampu buat versi BM. Terima kasih! Sebagai seorang penerbit buku alternatif (walaupun hanya My Journey By Bus dalam Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun setakat ini), aku tidak rasa berseorangan. Namun, pengunjungan pesta buku tahun ini memberi keyakinan yang kuat kepada aku supaya terus berusaha menghasilkan karya terbitan yang aku ingin buat (walaupun latar belakang sendiri kejuteraan, pengangkutan awam dan perancangan bandar). Hari pertama pesta buku ialah Jumaat (3hb Jun). Biasanya apa-apa event pun, hari pertama selalunya tak ramai orang, tapi sambutan hari pertama sangat baik. Kebahagian besar bawa suitcase dan troli sendiri, berapa banyak buku yang mereka mahu beli? Tapi, mamang aku rasa gembira, bukan gembira kerana mereka akan beli buku aku, tapi gembira untuk industri buku. Pesta buku (Industri buku) tidak akan berjaya tanpa sokongan pembaca dan pembeli buku. Begitu juga bagi penerbit buku, kerjasama yang rapat dengan penulis dan semua pihak yang berkaitan dalam proses penghasilan buku (penggiat buku) tidak boleh diketepikan. Bahasa jiwa bangsa. Semua pihak memainkan peranan yang penting bagi menjadikan “bahasa” betul-betul jiwa bangsa. Ingin aku mengucap ribuan terima kasih kepada penganjur PBAKL, pesta buku tahun ini walaupun tak sebegitu “antarabangsa”, sebenarnya "antarabangsa ke tidak, international or not" tu tak penting lagi dah, dengan jumlah kehadiran masyarakat yang ramai dan penjualan yang bain di reruai masing-masing tahun ini, aku tak sabar nak lihat industri buku kita berkembang ke satu tahap yang boleh membanggakan kita semua. Ataupun, dengan pelbagai penggiat buku and pembaca buku yang terlibat dan jumlah bahan terbitan luar negara yang diterjemahkan menjadikan pesta buku ini antarabangsa. Jumpa lagi tahun depan. PS: Satu lagi aspek aku suka pesta buku ini ialah hampir 95% unsur pesta tu berkaitan dengan BUKU. Tiada unsur lain seperti produk makanan (sos cili, snek, pasta dan sebagainya), pihak bank mempromosi kredit kad, penjualan wang kertas dan syiling lama dan produk-produk yang langsung tak berkaitan dengan buku. Kredit foto 1 ~ 3 : PBAKL2022
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorMalaysian. Traveller. Aries. Love cooking. Simple. Archives
August 2022
Categories |