Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022
Rasa gembira dan juga bangga apabila aku nampak ramai sangat orang pergi pesta buku dan beli buku. Kos sara hidup yang semakin meningkat tidak mengpengaruhi kehendakan mencari ilmu, malah semua sanggup beli bahan bacaan kesukaan masing-masing. Pelbagai pihak penerbit buku (indie, institusi kerajaan dan pengajian tinggi, besar dan popular, dll) juga banyak membantu membudayakan tabiat baca di kalangan masyarakat dengan menghasilkan buku yang berbilang aspek, terutamanya buku-buku indie dengan gaya penulisannya yang lebih santai serta tidak terlalu formal menjadi kegilaan remaja. Terharu bila nampak banyak orang bawa suitcases, troli dan bag untuk menyimpan buku-buku yang dibeli. Bagi tepukan kepada semua pihak penerbit buku dan pembeli buku! Jumpa lagi tahun depan. Akan aku bawa bersama versi BM My Journey By Bus (Pengembaraan Bas Aku). BM masih ok, maaf kalau ada kesalahan, lama tak tulis. Kredit foto: PBAKL2022
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorMalaysian. Traveller. Aries. Love cooking. Simple. Archives
August 2022
Categories |